Sunday, July 08, 2012

begitulah mereka ~




lama tak update belog buruk ni, sibuk pon ada, maklum la tengah final exam sekarang..
masalah pon makin bertambah, hidup pon tak tentu.. macam-macam ragam manusia yang kita kena hadapi..
kadang-kadang yang rapat dengan kita pon belum tentu layak jadi kawan yang terbaik untuk kita..
susah untuk kita kenal seseorang tu.. luaran nampak baik, suci, bersih je.. tapi, hakikatnya, dia la racun, dia la pemusnah hidup kita.. senang untuk kita anggap seseorang itu sebagai kawan.. tapi, orang yang kita anggap sebagai kawan tu la yang akan hancurkan hidup kita dalam diam..
macam yang aku tengah alami sekarang, kawan apabila perlu je.. bila da tak diperlukan, buang ! biarkan je merempat ! langsung tak dipedulikan.. dengan kata lain, dipinggirkan !

kawan ? sebagai kawan memang kita nakkan yang terbaik untuk kawan kita sendiri kan ?
tapi, bila seorang kawan yang cuba untuk perbetulkan kita sedangkan hidup dia sendiri pon terumbang-ambing.. boleh ke kita nak terima nasihat dari dia ? bak kata orang, betulkan diri sendiri dulu sebelum nak perbetulkan orang lain.. that's right ! aku pegang kata-kata ni.. aku memang susah untuk terima nasihat orang.. hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang aku dengar especially mak aku ! orang yang lebih berpengalaman dalam hidup dan yang mengajar aku erti kehidupan ni..

Bila orang cakap, kita sepatutnya dengar cakap orang yang lagi tua dari kita, tapi bagi aku, tak semua orang yang lagi tua dari aku adalah MATANG ! ada je orang yang lebih tua yang tak matang tapi berlagak matang.. orang yang macam ni, selalu nya pikir dia lah yang terhebat bila berada dalam kalangan orang yag lebih muda dari dia.. orang yang matang selalu nya tahu baik atau buruk sesuatu perkara tu.. and cuba untuk selesaikan masalah-masalah orang yang lagi muda dari dia.. bukannya join sekali and bergaduh sekali..
MATANG kan ? Ye ! anda memang "MATANG" ! puihhhh !

aku paling takleh blah dengan orang camni ! aku penat fikir masalah orang sampaikan masalah aku sendiri aku biarkan.. Orang tak pernah nak hargai jasa kita biarpon kita da banyak bantu mereka.. mereka hanya tahu pandang kesalahan kita and lupa segala kebaikan yang pernah kita buat ! bukan niat nak mengungkit, tapi itulah zahirnya ! renung-renungkan lah ! :')


Pecah Kaca, Pecah Cermin, Lepas Baca, Boleh Komen.

0 912 bagi idea ♥♥:

Post a Comment