Thursday, July 12, 2012

Sem 3 habis, sambung masalah Sem 4 !




sudah cukup setahun aku menetap kat UNISEL tercinta ni, bermulanya pada 9 JULAI 2011, tarikh pendaftaran masuk UNISEL ni, aku mulakan dengan niat belajar ! ye ! untuk aku capai impian aku yang hampir terkubur dek result SPM yang nyawa-nyawa ikan tu.. masuk sini dengan niat nak belajar dapat pointer yang boleh dibanggakan oleh ibu bapa aku..

tapi, bila da tak sedar diri, lupa niat utama masuk sini, hancur semuanya, pointer jatuh cam hujan.. mendadak je.. sekarang tengah tunggu result untuk semester tiga.. agak-agak boleh naik balik CGPA tu.. dah la PTPTN semester depan tak dapat.. tu la, bila da banyak main.. terpaksa laaaa.. hurmmm~ nasib-nasib...

sekarang aku dah habis semester tiga, and mula cuti semester untuk dua minggu je ! sikit kan cuti nya ? dahtu, masuk daftar semester empat.. belajar dua minggu dahtu, cuti raya lagi.. banyak sangat cuti, management UNISEL ni, tak prihatin langsung.. tak pikir kat orang-orang yang duk jauh cam aku ni.. duk KELANTAN.. tiket mahal.. nak-nak lak time raya.. tiket laris bhai.. macam mana aku nak beraya ni.. aku pon taktau la..

malas pikir pasal raya, sekarang pikir, result semester tiga ni and PTPTN untuk sem depan.. macam mana la aku nak bayar yuran sem depan.. sah-sah kena mintak kat mak.. tapi, nanti kena marah.. aiyooooo ! macam mana ni ? penat dennn cari alasan nak terangkan kat mak den.. HOHO~~

harap-harap sem ni, boleh naik sikit.. senang nak bagi alasan nanti.. takyah susah-susah pikir.. mudah-mudahan segalanya baik-baik :D



Pecah Kaca, Pecah Cermin, Lepas Baca, Boleh Komen.

3 comments:

  1. hai dear ^^ congratz sbb menang topup dari GA kak Shida ~~ nti email wani utk tuntut hadiah k ;)
    email: Irwani_berrygirlz@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. unisel tak prihatin ke..kau nak jumpa orang tersayang :D

    ReplyDelete