Wednesday, December 12, 2012

Tira tau, Ira KUAT !

haii readerss,
meh sini, aku nak bercerita sikit..
dalam setiap kehidupann kita,
pasti pernah alami saat-saat perpisahan kan,
sama ada perpisahan sementara atau selamanya betol tak ?
perpisahan sementara tu sedih tapi still boleh berhubung and bertanya khabar,
tapi, lain pulak dengan perpisahan selamanya ni..
hanya mampu kirimkan doa dan Al-fatihah je..
baru-baru ni,
iaitu bertarikh 9 Disember..
tarikh keramat bagi aku..
dan juga tarikh yang tak mungkin dapat dilupakan oleh kawan aku ni..
iaitu Ira..
Ayahnya telah kembali ke rahmatullah pada tarikh tersebut..
aku terkilan plus terkejut..
sebab
masa aku tengah happy sambut birthday aku..
ada jugak kawan aku tengah menangis bersedih..
tak dapat aku nak cerita pepanjang,
aku pernah jumpa arwah ayah Ira masa arwah hantar Ira balik UNISEL ni..
arwah selalu senyum bila ternampak kami.
sebab arwah kenal kami ni housemate anak dia..
tak sangka arwah pergi secepat ni,
tapi,
apakan daya.. takdir Tuhan..
kita hambanya hanya mampu mengikut sahaja..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
AMIN~
Semalam aku dan kawan-kawan ada datang rumah Ira dekat Senawang..
ramai la jugak..
dalam 10 orang..
sayu hati aku.. bila tengok mak Ira..
tapi,
aku tahu mereka KUAT !
Ira pon still boleh senyum bila nampak kami datang..

*tengok, Ira still boleh senyum kan ?


*Tira sayang Ira tau ! 
aku harap,
Ira & family, jangan sedih-sedih.. aku tahu, Ira & family dia kuat..
cuma perlukan masa untuk semua ni..
Ira, Tira akan selalu ada untuk Ira OK ! Ira baik sangat dengan Tira..
Tira sayang Ira sangat-sangat tau.. jangan sedih lagi.. Tira tau.. Ira kuat.. 
Ira kena redha dengan semua ni tau.. 
Tira akan selalu ada untuk Ira, bila Ira sedih and perlukan seseorang..
:')
Meh sedekah kan Al-Fatihah untuk Arwah Ayah Ira..
Al-Fatihah ~


Pecah Kaca, Pecah Cermin, Lepas Baca, Boleh Komen.

0 912 bagi idea ♥♥:

Post a Comment