Saturday, January 05, 2013

tahun baru, azam baru, masalah baru :D


hari ni, baru masuk hari ke lima, tahun 2013.. 
sepanjang lima hari dalam tahun baru ni pon,
 dah muncul macam-macam masalah. tak kira lah,
 masalah negara ke, negeri ke, apa-apa je la..
 tapi, yang penting tu semua tak ada kaitan dengan aku.. 
yang berkait dengan aku hanyalah masalah family dan study !

masalah family tu biasa lah kan.. takkan aku nak cerita kat sini,
 family is privacy ! totally privacy :D
ok ! then, aku nak cerita pasal masalah study.. 
sebenarnya, tiada masalah dengan pembelajaran aku.. 
yang menjadi masalahnya adalah tempat pembelajaran aku.. aiseyyy ! 
tiap-tiap kali nak masuk semester mesti ada cerita punya Universiti kebanggaan aku ni..
siapa tak kenal Universiti Selangor atau nama sweet plus manjanya UNISEL..
kan kan ? siapa tak kenal meh sini nak tumbuk laju laju !

sekarang ni masalah hostel yang dijaga oleh Jana Niaga (JNSB) 
ada la sedikit masalah yang berpunca dari mendapan.. 
apa tu mendapan ? mula-mula aku pon tak paham.. 
so, aku try la search google.. 
then aku tahu, mendapan tu adalah ada ruangan udara 
antara bangunan yang dibina dengan tanah ! 
ni yang aku tahu.. takkan la google nak menipu kot.. 

so, disebabkan benda ni terjadi, aku sebagai student yang
 menginap kat hostel tu terpaksa keluar dari hostel.. 
then, UNISEL ada bagi rumah untuk penempatan sementara..
 tapi, agak jauh la jugak.. nak datang kelas dengan bas.. 
sangat la malas untuk aku bangun awal pagi semata-mata nak tunggu bas.. payah payah..
then, aku nekad untuk duk kat taman ilmu je.. tumpang rumah kawan.. 
tapi kena bayar sewa la.. takda benda free kat dalam dunia ni tau !
 tapi, harap-harap la UNISEL tak amek rumah kawan aku yang dekat taman ilmu tu,
 penat nanti nak cari rumah lain ! tak sukaaaa ! 

kalau tak suka sekali pon, kena teruskan jugak..
 takkan aku nak extend semester ni, semata-mata kerana hostel..
 tak mungkin la kan.. lagi pon aku dah semester lima bukak sem ni,
 takkan nak stop macam tu je.. tahun ni tahun akhir aku.. aku kena teruskan jugak.. 
berusaha ye NUR ATHIRAH !
jangan banyak main.. ingat azam tahun baru tu.. :D

jangan lah disebabkan masalah ni,
pembelajaran aku terganggu,
baru berazam taknak ponteng kelas..
tup.. tup..
keluar masalah ni pulak..
saborrr je la !

semoga dipermudahkan segala urusan oleh-NYA ~
Amin ~



Pecah Kaca, Pecah Cermin, Lepas Baca, Boleh Komen.

0 912 bagi idea ♥♥:

Post a Comment